• Home
  • Media
  • Press Release

Perlantikan Ketua Pegawai Eksekutif Penang Halal International Sdn. Bhd.



Puan Aida Lim Abdullah
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)
Penang Halal International

Dalam usaha membangunkan industri halal di Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menubuhkan PIHH Development Sdn Bhd yang juga dikenali sebagai Penang Halal International. Dengan ini Penang Halal International mengumumkan perlantikan Puan Aida Lim Abdullah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuatkuasa pada 6 Mei 2020 bagi mengukuhkan lagi kedudukan dan pembangunan industri halal di Pulau Pinang.

Beliau merupakan akauntan bertauliah serta mempunyai pengalaman yang luas dari segi kelestarian perniagaan, pematuhan dan udang-undang dalam pentadbiran perniagaan. Beliau juga mempunyai pengalaman bekerja melebihi 25 tahun dalam pelbagai bidang dan sektor industri seperti pelaburan, pengurusan kewangan, pengauditan, perbankan, kewangan korporat,pembangunan perniagaan, halal dan patuh syariah, teknologi digital, pemprosesan makanan, peruncitan dan perkilangan.

Kami mengalu-alukan kedatangan beliau dan berharap dengan kepimpinan beliau dapat memajukan lagi rangkaian perniagaan eko-sistem halal negeri dengan lebih pesat lagi.

YB. DATO' ABDUL HALIM HUSSAIN
Pengerusi Penang Halal International